12 September 2015
SEMINGGU BERLALU
Minggu lepas pada waktu dan ketika yang sama, saya bersama-sama rakan-rakan baru di Shaklee berjaya menghabiskan kelas blog di Faiz Training Centre Bangi.
Kini saya bersyukur ini adalah entri saya yang pertama setelah hampir seminggu saya mendekorasi blog saya. Berpeluh2 juga dibuatnya. Saya memang budak baru belajar. "Try & Error"..itulah istilah yang paling tepat. Tapi dgn ilmu yang diberi, ia banyak membantu saya. "From Zero to Hero" lagaknya. Nasib baik suami amat2 memahami. Tidak banyak komplen walaupun ada ketika tidur lewat 3 pagi. Cuma puteri saya saja yang agak bising sebab umi dia dah kurang perhatian kat dia. Hehe.. sabar yer sayang..
"CAHAYA ADNEEN"
"Cahaya Adneen - dari mata turun ke hati".. nama diberi selepas tujuh hari. Ikut sunnah gitu. Nama yang penuh dengan seribu pengertian.
"Cahaya" dalam bahasa Arab adalah Nur.. Knp saya pilih "Cahaya" yer? Hmmm.. kerana Nur Adneen adalah nama puteri tunggal saya. Saya memang suka berangan2 dulu.. bila dpt anak perempuan saya akan letak nama yang "simple" semuanya bermula dengan "Nur". Impian jadi kenyataan. Alhamdulillah dipertemukan jodoh dengan insan yang istimewa berjiwa halus penuh kelembutan dan kesabaran dan dikurniakan puteri yang banyak mewarisi kehalusan jiwa si ayah. Cuma bab garang tu... hmmm tau2 ajelah yer dari mana dia terkenan... hehe. P/sss.. kalau lelaki "Ahmad Nur Firdaus".. impian yang belum jadi kenyataan.
Cover Blog Cahaya Adneen # dari mata turun ke hati |
Nur Adneen bersama ayahanda dan bonda tersayang.. hmmm |
Moga segala coretan saya di blog CAHAYA ADNEEN ini memberi "cahaya" sinar kebahagiaan dan seribu kebaikan bagi setiap MATA yang membacanya, mengalir TURUN umpama sungai-sungai di syurga Adnin ke HATI bagi yang membacanya. Bukan turun ke mulut ye. hehe hehe
#CAHAYA ADNEEN - DARI MATA TURUN KE HATI