Thursday 1 October 2015

CAHAYA SYURGA


12 September 2015

SEMINGGU BERLALU

Minggu lepas pada waktu dan ketika yang sama, saya bersama-sama rakan-rakan baru di Shaklee berjaya menghabiskan kelas blog di Faiz Training Centre Bangi.
Kini saya bersyukur ini adalah entri saya yang pertama setelah hampir seminggu saya mendekorasi blog saya. Berpeluh2 juga dibuatnya. Saya memang budak baru belajar. "Try & Error"..itulah istilah yang paling tepat. Tapi dgn ilmu yang diberi, ia banyak membantu saya. "From Zero to Hero" lagaknya. Nasib baik suami amat2 memahami. Tidak banyak komplen walaupun ada ketika tidur lewat 3 pagi. Cuma puteri saya saja yang agak bising sebab umi dia dah kurang perhatian kat dia. Hehe.. sabar yer sayang.. 

kelas blog cahaya adneen
Khusyuk betul orang tu... hehe

kelas blog cahaya adneen
Korang kena tau tau .. itu pesan Sifu saya

"CAHAYA ADNEEN"

"Cahaya Adneen - dari mata turun ke hati".. nama diberi selepas tujuh hari. Ikut sunnah gitu.  Nama yang penuh dengan seribu pengertian. 


"Cahaya" dalam bahasa Arab adalah Nur.. Knp saya pilih "Cahaya" yer? Hmmm.. kerana Nur Adneen adalah nama puteri tunggal saya. Saya memang suka berangan2 dulu.. bila dpt anak perempuan saya akan letak  nama yang "simple" semuanya bermula dengan "Nur".  Impian jadi kenyataan. Alhamdulillah dipertemukan jodoh dengan insan yang istimewa berjiwa halus penuh kelembutan dan kesabaran dan dikurniakan puteri yang banyak mewarisi kehalusan jiwa si ayah. Cuma bab garang tu... hmmm tau2 ajelah yer dari mana dia terkenan... hehe. P/sss.. kalau lelaki "Ahmad Nur Firdaus".. impian yang belum jadi kenyataan. 


"Adneen" pula adalah nama salah satu syurga. Banyak dalam Al quran menyebut tentang syurga Adneen. Biasa dalam AlQuran terjemahan ditulis "ADNIN" atau "ADNN". Antaranya dalam  Surah Thana ayat 75-76 yang bermaksud “Dan barang siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan bersungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang telah memperolehi tempat tinggi lagi mulia. Iaitu SYURGA ‘ADNiN yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan itu adalah balasan bagi orang-orang yang bersih dari kekufuran dan maksiat”. 

header blog cahaya adneen dari mata turun ke hati
Cover Blog Cahaya Adneen # dari mata turun ke hati 

owner blog cahaya adneen
Nur Adneen bersama ayahanda dan bonda tersayang.. hmmm 

Moga segala coretan saya di blog CAHAYA ADNEEN ini memberi "cahaya" sinar kebahagiaan dan seribu kebaikan bagi setiap MATA yang membacanya,  mengalir TURUN umpama sungai-sungai di syurga Adnin  ke HATI  bagi yang membacanya. Bukan turun ke mulut ye. hehe hehe


#CAHAYA ADNEEN - DARI MATA TURUN KE HATI

No comments:

Post a Comment

Salam Sayang...... Fuza